PENGUMUMAN


Terima Kasih Kepada Semua Warga SKSL dan Semua Ahli PIBG di atas kerjasama Yang Diberikan Selama Ini

Thursday, December 19, 2013

Penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 Kategori Sekolah Pedalaman      

19 Dis 2013 - Acara penghakiman Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori Sekolah Pedalaman telah berlangsung hari ini. Kehadiran En. Saruchi bin Sawal dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan En. Jasmi bin Abu Samah dari Jabatan Pendidikan Melaka dan diringi oleh Tuan Haji Suhaimi Zakaria ,Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, En. Rosli Mamat, Pegawai Perhubungan Sekolah dan En. Ramli Awang Kechil, Pegawai Khas LINUS PPD Setiu telah disambut dengan meriah oleh ahli PIBG SK Sungai Las.Acara sambutan dimulai dengan pertunjukan silat pulut oleh ahli PIBG dan paluan kompang oleh bekas murid SK Sungai Las.Pada kesempatan itu juga, hakim-hakim berkesempatan berkenalan dengan ahli PIBG SK Sungai Las dan meninjau Taman Herba yang diusahakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat memeriahkan lagi suasana. 
                     Proses penghakiman bermula dengan sesi pembentangan profil PIBG menggunakan perisian "power-point" oleh En. Tarmizi yang merupakan Alumni SK Sungai Las dan diteruskan dengan sesi penelitian secara hand-on berkaitan fail-fail dan instrumen yang ditetapkan oleh pihak KPM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan dari pihak PIBG SK Sungai Las kepada hakim-hakim dan pegawai pengiring oleh YDP PIBG, En Zahari bin Said seterusnya jamuan ringkas kepada semua yang hadir.
               Secara keseluruhannya, proses Penghakiman yang bermula pada jam 10.30 am dan berakhir pada jam 2.00 pm berjalan dengan lancar. Pihak PIBG SK Sungai Las merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga PIBG SK Sungai Las sampai ke tahap ini. 
 
Semoga PIBG SK Sungai Las akan berjaya.... 


Pertunjukkan " Silat Pulut" oleh ahli PIBG




En.Saruchi meninjau Taman Herba

En.Saruchi bin Sawal dan En. Jasmi bin Abd Samah


Sesi pembentangan oleh En.Mohd Tarmizi bin Taib
Para hakim tekun mendengar pembentangan
Memeriksa Dokumen yang berkaitan
Majlis penyampaian cenderamata kenangan
En. Saruchi bin Sawal
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Cenderamata Kenangan kepada En. Jasmi bin Abd.Samah
KU Unit Perhubungan JPN Melaka














Tuesday, December 10, 2013

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Laman PIBG Sek. Keb. Sungai Las...Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Kami Di Talian : 09-8244641

TAHNIAH WARGA SK SUNGAI LAS  TERPILIH UNTUK VERIFIKASI ANUGERAH PIBG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH PEDALAMAN 2013


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Sungai Las telah terpilih untuk diverifikasi bagi Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 kategori sekolah pedalaman setelah berjaya mendapat tempat pertama pada peringkat Daerah Setiu dan Negeri Terengganu. Verifikasi tersebut mencipta lipatan sejarah baharu kepada SK Sungai Las kerana buat julung-julung kalinya mendapat pengiktirafan tersebut sepanjang penubuhan SK Sungai Las. Justeru, komitmen seluruh warga SK Sungai Las  amat diharapkan agar PIBG SK Sungai Las berjaya meraih kejayaan yang cemerlang. 

 Semoga Bejaya...

Monday, December 9, 2013



 

Info:

Banjir ( 4/12/2013 - 7/12/2013 )

        Pada 4/12/2013 paras air naik secara mendadak pada awal jam 4.00pm dan mula memenuhi kawasan sekolah pada jam 8.30pm..dan terus meningkat sehingga sedalam 1 meter...
         Apabila hujan berhenti paras air kembali surut pada 6/12/2013 bermula jam 4.00am..dan pada 7/12/2013 keadaan menjadi seperti biasa...


 Jalan Ke Sekolah


Tempat Perhimpunan

Kantin Sekolah

Bangunan Surau